MAC 2024

Premier Sarawak Ke Kabong Dan Stumbin


Ahad 10 Mac - Premier Sarawak YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari bin Tun Abg Openg telah hadir bagi merasmikan Majlis Penangguhan Kabong International Kite Festival bertempat di Pantai Tanjong Kembang, Kabong.

Festival kali ke-4 tersebut yang dianjur pertama kali pada Tahun 2018 oleh Pusat Khidmat N40 Kabong pada tahun ini telah menerima seramai 105 peserta dari 39 buah negara termasuk Malaysia. 

Dalam ucapan perasmian, YAB Premier Sarawak merakamkan penghargaan dan terima kasih diatas kejayaan penganjuran dan penyertaan dari luar  negara dan berharap mereka akan lebih dekat memahami budaya, makanan dan perpaduan kaum yang kuat di Sarawak. 

Tambahnya lagi, apabila jambatan Batang Sadong dan Batang Lupar siap sepenuhnya nanti, perjalanan dari Kuching ke Sibu akan hanya mengambil masa dua setengah jam sahaja dan untuk ke Kabong lebih dekat lagi dari masa sekarang. 

Dengan adanya Sarawak akan memiliki kapalterbang sendiri, maka Kabong International Kite Festival akan dibanjiri oleh pelayang-pelayang dan pengunjung dari luar Sarawak 

Hadir sama adalah YB Datuk Amar Abu Bakar bin Marzuki, Setiausaha Kerajaan Sarawak, YB Datuk Razi bin Sitam, Timbalan Menteri Wanita, Kanak-Kanak, Kesejahteraan Komunti Sarawak, YB Encik Mohd Chee bin Kadir, ADUN N40 Kabong, YB- YB ADUN Krian, Beting Maro, Kalaka, Meluan, YB Senator Pele Peter Tingom, DSP (B) Mohd Nazari bin Ismail, Presiden Persatuan Palayang Sarawak.

Setelah selesai Majlis Perasmian Penangguhan tersebut, YAB Premier Sarawak terus bertolak ke Kpg Tanjong Bijat dan Kpg Stumbin di Sri Aman.

Pada lawatan Kerja tersebut, beliau dan rombongan telah mendengar dan melihat sendiri projek Gelombang Padi Sarawak Bersekala Besar, di Tanjong Bijat 

Dan akhir sekali ke Pusat Pemprosesan dan Pengeluaran Padi di Kpg Stumbin bagi mendengar taklimat oleh Encik Jamaludin Bin Ali, Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Pertanian Sarawak.

Pada sidang media, YAB Premier menyatakan bahawa Kerajaan Sarawak memberi tumpuan kepada penanaman dan pengeluaran beras untuk tujuan keselamatan makanan di Sarawak dan Malaysia amnya. 

Sebanyak 1500 hektar tanah Kerajaan telah diluluskan untuk projek tersebut dan akan menambahkan lagi peruntukan selain RM173 juta peruntukan daripada pihak Kerajaan Persekutuan  

Turut hadir, YB Datuk Amar Abu Bakar bin Marzuki, Setiausaha Kerajaan Sarawak, YB Datuk Mong ak Dagang, ADUN N31 Bukti Bangunan, YB Dayang Norazah Awg Zohor ADUN N28 Lingga, YB Ahmad Shafizan Hj Kipli, Ahli Parlimen P301 Batang Lupar dan dif- dif kenamaan lain.